Thursday, January 20, 2011

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea...

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya....-.Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan
sembahyang kita pada Ilahi. untuk sampaikan amalan kita dia melalui
tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni
malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol
tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika
sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan
lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh
malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk
kelapisan langit ke-dua.


Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.


Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.
Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima
pembalasannya.

Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu
takde nilai, kena azab lagi nanti.



Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di
dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.

Amin.



Bukan ade tujuan lain tapi sekadar mengingatkan, kepada yg selalu
solat zohor hampir dengan waktu asar tu ...
Beringat-ingatlah dan berpesan-pesanlah antara kita...
Semuga hidup kita di dalam keberkatan Nya... Wallahu'alam.


Sekadar memberitahu secara sedar ataupun tidak sedar
kita mengangu org belakang kita solat
Khas kepada kaum adam yg memakai kain pelikat dan cap kain itu suka sgt diletakan dibahagian bawah (dah jadi adat org melayu)
nak tunjuk pd org kain pelikat kite cap ape….
Nak buat ape semua ni takpayah tunjuk kat org semua tu…dgn cap dekat bwh tu mungkin kt dah mengangu org belakang kt solat…mungkin tengah solat dia terbace cap tu….hukum ganggu org solat adalah HARAMMM!!!!...


 


with love~ DS

4 comments:

  1. waa..thanks sebab mengingatkan saya pasal ini...manusia mudah lupa..sm mcm sy...T__T

    ReplyDelete
  2. welcome sist..semoga dgn share bnde2 bek nie kter dpt meng improve kan diri jd lebih baik.dan semoga kita diredhaiNya..Amin...

    ReplyDelete
  3. ya..moga2 kita semua mjd org yg baik2 juga:)

    ReplyDelete