Saturday, March 26, 2011

awak bangga tak jadi MALAYSIAN???

Padang Besar jadi sempadan
Johor nun di selatan
Aib orang jangan kau hebahkan
Aib orang jadi teladan

Gadis Sarawak cantik jelita
Gadis Sabah tambahlah pula
Bukan calang anak kita
Dulu pernah jelajah dunia

Tepis ke kanan kalau ada katakan
Kita masih anak hingusan
Sinsingkan lengan demi kamajuan
Jika bangsa jadi taruhan

Percayalah kejayaan
Jua jerih doa handai dan taulan
Percayalah kemenanganmu
Buat ayah bonda serta cucu

Jangan cuak andai kecundang
Undur setapak salah dipandang
Ayuh bangun betulkan
Mengalah bukan kalah

Kita anak malaysia kami anak malaysia
Kami pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercinta
Rela berputih tulang untuk aman dan berjaya

Ayuh kita anak malaysia
Kita pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercinta
Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya

Usah kami divisualkan
Dengan dongeng cendiakawan
Lain hulu lain parang
Lain dahulu lain sekarang

Ayuh bangun anak malaysia
Bangun pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercinta
Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya






With ♥~DS

3 comments:

  1. wah3 sepet..

    patriotikk habis.. :D
    menganga cikya baca..
    hee

    ReplyDelete
  2. si parapara:semalam tak puas hati la tengok dorang perform.. hurm.
    cik ya:hehehehe.bez lagu tu.rasa mcm nk head benging:)

    ReplyDelete